Monday, December 6, 2010

Socialscope Aplikasi Terbaik

0

Share |

Hari ni aku nak reviewkan serba sedikit tentang aplikasi yang baru aku pakai. Actually taklah baru mana, cuma version ni adalah version beta dan amat menarik sekali jika digunakan di smartphone anda. Sebelum ini aku ada ceritakan berkenaan blackberry di beberapa post lepas. Kali ini aku nak menceritakan aplikasi pilihan terbaik pada aku jika anda ingin mengintegrasikan facebook, twitter, foursquare dalam satu aplikasi sahaja. Ringan, mudah dan cepat. Itulah anggapan pertama saya terhadap SocialScope ini. Mari kita lihat langkah pertama jika anda ingin menggunakan SocialScope ini.

Untuk mendaftar sila layari laman web ini http://www1.getsocialscope.com/ dan sign up seperti gambar di atas. Lihatlah smartphone seperti Blackberry, Iphone, Android, Palm, Windows Mobile anda boleh mendaftar dan mencuba sendiri aplikasi yang disediakan oleh SocialScope ini. Mungkin pemprosesan email anda mengambil masa beberapa hari, namun ianya amat berbaloi jika anda dapat menggunakannya. Di sini aku ingin serta beberapa screen shot daripadaBlackberry Bold 9700 aku berkaitan dengan aplikasi ini.

Setelah anda mendapat email invitation daripada pihak SocialScope, anda akan diberi code beta tersebut serta link download untuk mendownload SocialScope tersebut dari smartphone anda. Perkara pertama selepas install di smartphone anda adalah memasukkan code beta tersebut dan kemudiannya “create new account” pada SocialScope tersebut. Kemudian barulah anda boleh mengintegrasi twitter, facebook atau foursquare pada aplikasi tersebut. Aku akan tunjukkan serba sedikit berkaitan dengan aplikasi ini dengan screen shot selebihnya.

Sedikit sebanyak menunjukkan bagaimana aplikasi facebook dan twitter di gabungkan di dalam “timeline” SocialScope tersebut.

View “in reply” yang mudah untuk anda lihat. In reply bermaksud perkara apa yang anda bincangkan dengan rakan anda di twitter.

Mudah untuk anda view full screen gambar di facebook dan fungsi komen yang kemas dan cantik mempunyai pelbagai fungsi yang hampir sama dengan real facebook website.

Tidak lupa juga jika status tweet anda melebihi 140 patah perkataan anda tetap boleh “update” status anda kerana SocialScope ini sudah diintegrasikan bersama twitlonger seperti status aku pada gambar di atas. Sekadat ini sahaja aku dapat reviewkan kepada kamu. Ikutkan hati nak letak semua gambar. Namun cukup la setakat ini. Kepada semua user smartphone, tak salah untuk korang mencuba. Nak upload nak twitpic gambar pun takde masalah. Yang penting adalahSocialScope ini adalah mesra pengguna. Interface yang simple cantik dan smooth untuk digunakan. Jangan lupa subscribe beta dekat website http://www1.getsocialscope.com/ ini.

0 comments:

Post a Comment