Monday, December 6, 2010

Blackberry Bold 9780 dengan OS6

0

Share |

Smartphone terbaru dari RIM iaitu Blackberry Bold 9780 kini telah dilancakan secara rasmi di Malaysia. Blackberry Bold 9780 merupakan smartphone Blackberry kedua yang menggunakan OS6 secara rasmi selepas Blackberry Torch 9800.

Celcom merupakan telco pertama di Malaysia yang m elancarkan Blackberry Bold 9780 pada acara Go Mobile! 2010 13 hingga 14 November yang lalu. Pada acara tersebut pelanggan bertuah telah mendapat banyak hadiah menarik seperti motorsikal modenas, handphone percuma dan banyak lagi!

Jika anda mahukan smartphone Blackberry dengan OS6 tetapi tidak minat dengan Blackberry Torch 9800, Blackberry Bold 9780 merupakan pilihan terbaik anda. Blackberry Bold 9780 merupakan versi upgrade daripada Blackberry Bold 9700, iaitu model Blackberry paling popular dan terlaris dalam keluarga Blackberry.

Antara fungsi menarik Blackberry Bold 9780

1. OS6

OS6 menjadikan Blackberry Bold 9780 lebih laju, pantas dan smooth berbanding model sebelumnya Blackberry Bold 9700. Pelayar web terbaru dalam OS6 yang menggunakan teknologi webkit membolehkan pelayaran internet anda lebih sempurna dan laju. Pelayar web Blackberry 9780 kini boleh dikatakan setanding dengan pelayar web iphone dan android.

2. Bateri tahan paling lama

Smartphone Blackberry terkenal dengan bateri yang tahan lama. Blackberry Bold 9780 pula merupakan model Blackberry yang mempunyai bateri paling tahan lama dalam keluarga Blackberry iaitu 6 jam waktu berbual dan 38 jam memainkan lagu tanpa henti.

Perbezaan Blackberry Bold 9780 dan Blackberry Bold 9700

Perbezaan paling ketara ialah Blackberry Bold 9780 dilengkapi dengan OS6. OS6 sangat bagus jika dibandingkan dengan OS5 pada Blackberry Torch 9700. Walaupun spesifikasi kedua-duanya seakan sama, anda tidak akan memandang Blackberry Bold 9700 lagi setelah mencuba OS6 yang terdapat pada Blackberry Bold 9780.

Blackberry Bold 9780 juga dilengkap dengan 5.0 megapixel kamera dan 512mb memori terbina dalam. Berikut jadual lengkap perbezaan Blackberry Bold 9780 dan Blackbery Bold 9700.

Jangan lupa juga menonton video reviu Blackberry Bold 9780.

Dapatkan Blackberry Bold 9780 sekarang juga dengan pelan postpaid Celcom

Dapatkan Blackberry Bold 9780 pada harga paling berpatutan dengan melanggan pelan postpaid Celcom sekarang juga! Pilih antara pelan postpaid Celcom Exec atauCelcom Biz.

Pelan postpaid Celcom Exec

Pelan postpaid Celcom Exec

Anda akan mendapat hadiah percuma setelah melanggan pelan Celcom Exec atau Celcom Biz seperti:

1. Percuma softskin bernilai rm48 untuk setiap pembelian Blackberry Bold 9780

2. Percuma casing bernilai rm68 untuk setiap pembelian Blackberry Torch 9800.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pelan postpaid Blackberry Celcom, sila layari:

http://www.celcom.com.my/exec/blackberry/bberry_package.php

Jangan lupa juga membaca artikel terdahulu mengenai Blackberry Torch 9800, satu lagi smartphone dari RIM yang sangat cool.

http://jomphp.com/kemeriahan-pelancaran-celcom-blackberry-torch-dan-pelan-celcom-blackberry-torch.html

http://jomphp.com/blackberry-torch-blackberry-tercanggih-kini-di-malaysia.html

0 comments:

Post a Comment